View Demo
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 12, 2013

depa pon dh konvo jugak...

Assalamualaikum..


so.. utk hari ni pulak. gua nak buat ucapan tahniah kat seseorang.. ucapan ni rhsia sbnrnya. gua tak cukup kuat nk p ucap depan dia mahupun text dia.. haha  buuuu sama gua! =.=''

utk pihak yg terbabit, so sorry lambat bgi ucapan sbb i busy la musim cuti skolah gini.. kadang-kadang tu tgh dating dalam jamban pon orang datang ketuk pintu,..  apakahh~

12 hari yg lepas merangkap 30 sept 2013, tarikh bgi student KKM intake 2010 konvo tau. kalau korang nk tau, gua ada minat kat sorang pakwe ni.. malu la plak buat pengakuan gini.. wakakaka!! muntah hijau~ so wish ni hanya utk dia.. gua tau peratus utk dia tau psl wish ni tersangatlah tipis.. tpi biar la.. janji gua luahkan.. hee

so, utk KAMU.. setinggi-tinggi taniah utk segulung diploma tu. as a ank sulung, kamu dh brjaya tnjuk contoh yg baik utk adik-adik kamu.. mak abah kamu msti lega dh lps sorang ank lelaki dia.. i know deeply in your heart, nk smbung utk degree plak. harap segala jalan kamu tu dipermudahkan.. im so proud of you.. just be safe. be a good MAN.. pkataan BOY dh boleh simpan dalam poket kot kan.. congratulation!!

ok.. lidah terkelu, tangan terkaku nk menaip.. customer asyik dtg kacau je. untuk buka entry sepanjang ni pun makan masa 3 jam.. haiyoo

so.. gua rasa gua berundur diri dulu.. sampai ni saja.. trimass kerana baca.. jumpa lagi !!

Saturday, November 30, 2013

sekapur sireh (kononnye la)



assalamualaikum..


last gua log in blog ni hampir setahun yang lps.. setahun beb.. with a year ni macam-macam bnda jadi.. macam-macam dugaan gua dapat..

alhamdulillah, umur masih pjg.. dan gua tak rasa ada sesiapa kat luar sana masih sudi menjenguk blog ni.. blog kena tggl kot.. sapa nk jengok.. haha

so..
sekarang im not student anymore. dh bekerja di pulau pangkor sebagai admin office, merangkap runner, kerani, P.A bos, supervisor tukang tadak telinga, etc..
haha

tapi gua tak kisah. sbb gua tau dgn krja ni, byk benda gua blh belajar.. sgt byk. utk fresh graduate mcm gua, gua nmpk krja gua skarang mcm lubuk emas.


buat student yg mmg akn dpt krja gov, or dah pon dapat. orang mcm gua mmg TAK LAYAK nk bandingkan dgn apa yg korang ada.
tapi gua pasti, golongan mcm kami ni ada benda yang korang tak da.. DUNIA LUAR, PENGALAMAN LUAR lagi MAHAL.. 


so, gua nk buat pengakuan, as long as gua usaha nk ilmu, gua blh cemerlang dlm bidang gua skarang walaupun gua bukan dalam sektor kerajaan.

err.. ni dah masuk bercerita terus ni. takdak mukadimah lgsung.. teruk..

orite.. sampai jumpa lagi. dan harap-harap, bkn jumpa tahun dpn ye.. 
hahaha

addiouss~~


Wednesday, December 26, 2012

aku pon tak tahu..

Assalamualaikum.....
wahhh!! berhabuk bro wa punya blog.. last bukak before study week, and now dan masuk new sem dah.. haishh...

iyu lah, org nk blog, kau pon nak.. pas tu abaikan je.. teruk3

btw, tiba2 yg terlintas aku nk bukak blog aku arini adalah kerana oleh sebab apabila terskodeng my 'past future man' pnya blog..

dia ada blog baru.. blog yg dia buat mse dgn aku dh x gne.. mgkin nk lari dri bygn aku.. hmpir semua cerita dia dalam tu berkaitan dgn aku kot, logik la.. ish3

huu~~
(tarik nafas dalam2, hmbus ikot hidung..lega.. lapang..)
 
kalau di skodeng2 profile nya kat satu laman sosial FESBUK (bkn nma sbnr), kdg2 ada certain statusnya yg bkaitan dgn masa lps, pasal sedih2+kecewa, psl bhgia yg prnah dtg dlu tpi skg dh xda, dan tu semua buat aku terasa.. 

yup, logik aku terasa sbb aku la org yg pnah buat kau rsa semua tu kan.. 
aishh, sentap sorang.. 

but, life must go on..
sesuatu yg lebih baik psti menanti kau 'atok'
aku bkn 'nek' kau yg tbaik.. :)
satu yg aku tringin nk dgr, kau cakap, " aku maafkan kau"..
tlg la atuk weh.. haiyaa...

eh2, motif sgt bukak entry pjg2 sbb dia.. haishh kau ni tiq..
ni suma gara2 status dia la ni, tah2 bkn utk kau pon, prasan je lebeh.. 

dah3.. wa chao lu noh..
adioss~  


notakaki : sebarang nmpa dan peristiwa tiada kaitan dgn yg kenal atau pon tidak. sekian.. 

Monday, October 1, 2012

hilang ?


err.. pernah tak rasa kehilangan??
hilang seseorang?
dan punca dari diri sendiri sbb kau yang buang dia?
aku pernah rasa.. dan aku sedang rasa..
it is really hard being alone here..
DEMMIK!!

korbankan sesuatu utk sesuatu?
yup.. perlu lakukan itu..
moga selamat selamanya kawan.. 

notakaki : once friend, forever be it. 

MEREKA SAHABAT

WALLALWEHHHH.. berhabok! dinasor pon sesat.. ngeh3..

cakk!!. haha.. angin tak de, ribut tak de, tiba-tiba aku rasa aku nk mnaep kat belog, aku terus menaep.. korang jgn byk songeh la nk kondem2 aku. haha
tak suka? jgn baca dan sila pergi..
suka? i love you more..
*sengal*

berdirinya saya pada malam ini secara tiba-tiba untuk berhujah sepatah dua bicara
tentang SAHABAT *poyo jap.. huahuahua

sahabat, bagi aku mempunyai definisi yang berbeza berbanding kawan.. sahabat lebih mendalam. lebih bermakna..
so that den blh tersangat2 tersentuh dan gumbira bila ada org gelar diri den SAHABAT mereka.. rasa macam sgt di hargai..

sebab, bagi aku :

sahabat : susah di cari. sekali dah jumpa, terus sambar, kunci kau ketat2 dalam sangkar hidup aku. sama2 berjuang yep.. 

sahabat : makin bertambah tempat kita merantau, insyaAllah akn jumpa sahabat di setiap tempat2 tu.. maka bertambah sahabat. ukhwahilillah.. heee

sahabat : dorang pon manusia biasa.. sama mcm diri korang dan juga aku.. ada macam2 ragam.. bkn semua bnda sahabat blh faham, tapi selalunya dorang akn cuba memahami..

sahabat : antara harta yang tak terhitung nilainya bagi aku.. tak tahu la korang mcm mana kan..

sahabat : cukup la sikit tiq oi.. dah pukul 4 ni.. kau tu nak final exam, buku haram pon x pegang.. haha  *sebok la kau, tgh gangguan perasaan ni.. haha  ='(

yaa, sampai sini saja kemerepekan gua..
chaolaloo.. adioss!
Assalamualaikum!  ^_^

notakaki : pemahaman seorang sahabat tak menyeluruh utk memahami, tapi mereka memang melengkapi.  <3






Sunday, April 1, 2012

budak tacin.. -.-''

Assalamualaikum..


Hari ni, kali ni.. juz nk crita psl soang gadis, yg dh mkn hati sesoang sbb hajatnya x ksmpaian.. *dia mmg ngada gedik cket, dia yg request soh aku boh psl dia lam blog ni.. lyn ja la.. bdk gedik.. :P


Minah over ni umoq 20 tahun, bdk rotu, dan banker, sorang yg kuat mkn, agk mendung2 cket, suka masuk hutan, tak suka benda yg majoritinya berpetak2, dan kuat perasan.. meh kita boh nma dia cik kaka je lah..
Cik kaka ni ada habit yg pelik, dia suka ngidam brg mkn mcm perempuan yang sedanag hamil.. dia mmg kawan ngn alien.. pelik pnya budak..



Pada satu hari, di awal bln 3 tahun 2012 merangkap mggu prtama exm final bgi student uitm semalaysia.. cik kaka, bersama rumetnya cik yaya (bkn nma sbnar) berbicara tentang mknan.. yelah, masing2 tgh lapaq kan.. biasalah, student.



Tup2, kluar cerita pasal  stimbot (STEAMBOAT) .. mknan yg d celup2 dalam air panas lalu di mkn menggunakan chopstick tu.. lalu, mereka menyimpan azam utk ‘outing’ bramai2 dalam msa terdekat ni p mkn stimbot..  hati cik kaka sgt berbunga2 sbb dia mmg seorang yg kuat mkn, dan suka mkn..



Nak di takdirkan, pada hari yg telah di persetujui ramai merupakan mlm pada mana ke esokkan harinya paper calculation cik kaka.. maka, berkorban la cik kaka demi papernya utk kali pertama..


Dua tiga hari kemudian, ada sekumpulan budak di kolej kediaman cik kaka hingaq2 (bising dalam loghat utara) yg depa nk p mkn stimbot jgak sbb aritu depa x join.. 
tpi kali ni cik kaka tidak di jemput sekali.. mgkin depa nk kluaq dgn marka (pakwe versi utara) depa kot.. 
cik kaka kita bkn ada yg mau, tu sbb xda marka..
jadi, di pendekkan cerita, cik kaka mkn hati utk kali kedua hanya sbb dia tdk di ajk mgkin sbb dia xda marka.. =.=’’  (ngada aih hang ni kaka)


Kalau nk tau, cik kaka kita ni ada soang bezpren kat aloq ketaq (alor star versi depa, dia kan suka mrepek).. meh kita pggil dia MM ja..
cik kaka penah gak nk ajak si MM ni p mkn, tpi pikiaq2 blek, xkn la nk nyusahkan si MM ni hnya sbb dia ngada nk mkn.. 
jauh kot aloq ketaq dgn arau.. gpon depa Cuma kwn, mekalau ank ngn ayh, msti xda hal pnya nk sesusah payah pon..
maka, telan rasa lagi la cik kaka kita ni utk kali ketiga.. pdn muka dia..


So cik kaka decide nk ajk klsmet (classmate banker) p mkn rmai2..
smggu berturut2 cik kaka tnya kat soang akak ni.. tpi depa kata, "nnti bncang.." 
mata cik kaka dh brubah jadi bntuk periuk nk rebus stimbot tu.. exited katakan..
tup2, kali ni pnya plan pon x jadi jgak..
di sbbkan oleh seorang sahabat mereka x mkn stimbot.. xkn dia nk mlangut ja kan..
so, cik kaka beralah ja la untuk kali ke empat.. plan nk mkn stimbot betukar kepada bakso.. 
maka, tamat sudah sesi pembelajaran di uitm, tetapi keteringinan cik kaka terhadap stimbot masih terhutang.


Lalu cik kaka menyimpan azam, utk ajak seorang rakan dari sekolah lamanya utk membawanya mkn stimbot..
hal itu di rancang akn terjadi pada malam terakhr cik kaka  berada di bumi perlis..
pun terjadi juga beberapa kekangan..
maka dengan itu, jeruk perasaan cik kaka yg terpendam sebanyak lima kali telah pun jadi busuk..
cik kaka telah kempunan akan stimbot..


smbil bergenang ayaq (air) mata, cik kaka crita kat aku..
so, aku pon tlg la smpaikan kat sni..
aku pon xtau nk buat mcm mna, juz nk bgi dia hepi dgn cara naikkan cerita psl dia kat dlm blog aku..
trimas sudi baca.
Anda dh gembirakan hati sorang kwn aku... sekian.. J

chow..  senyum oweyz.. salam.. J

Tuesday, March 27, 2012

sakit?? no problem lah.. :)

Assalamualaikum sahabat.. :)
sini kan, ada satu cerita saia mau share..  wait2 eh.. ;)


nak tau tak...
apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akn utuskan 4 malaikat utk datang kepada hambaNya..
iaitu :


- Malaikat pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA.
- Malaikat kedua akan mengambil REZEKINYA
Malaikat kedua akan mengambil KECANTIKAN WAJAHNYA (pucat)
Malaikat kedua akan mengambil DOSA-DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka.

Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita.

Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya.

Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.



jadi.. jgn mengeluh jika menghadapi kesusahan, sakit, menghadapi kesulitan dalam pengurusan kehidupan seharian dan sebagainya.. never everrr~

sebab, semua tu ujian dari Allah S.W.T.  sebagai tanda dia sayangkan hambaNya.. hadapi dgn tabah dan jgn berhenti dari mengingatiNya walau sesaat.. 
ingat tu..  ;)

Monday, March 19, 2012

PERASAAN tu UNIVERSAL kan.. :)

Aku dalam di lema.. tapi aku tau benda yg aku rasa ni bkn satu kesalahan.. aku.. err.. sbnrnya aku... ishh.. segan la nk habaq.. was2 pon ada gak..  kang pndang serong kat aku lak.. ni bkn main2 tau.. lau btul2 kwn aku, harap blh trima apa adanya diri ni.. aku sbnrnya, minat tgk perempuan.. aku minat perempuan ?? mgkin lah.. whaahaha.. :D 



yup.. aku minat perempuan..
aku plak yg tsipu2 bila nmpk dia..
bila dia tegoq aku dulu, rsa cm.. wahhh !!!  rsa best bila dapat cakap ngn dia..
kagum ngn dia dalam diam..
stalk fb dia tetiap ari..
dia salah satu punca aku tcampak lam bidang tarian..
kalau la dia tau msti dia fobia kat aku kan? Haha..

yup.. aku minat perempuan..
Aku kagum..
aku nk tumpang tgk nkmat Allah bagi kat dia.. sbb aku rsa dia mcm special.. dia ada style dia sndri..
minat dia bkn beerti aku dh songsang.
Nope, aku bhaluan kanan lagi keh.. still nk kawen ngn lelaki..
Cuma minat tgk dia..
point di sini adalah, perasaan tu universal keh. tu sbb Allah SWT bagi akal utk kita manage sndri, salah manage tu yg ke laut tu..


sekian sahaja pngakuan table blah aku.. haha..
siapa  perempuan tu?  Biaqla rhsia..
klu ckp pon xkn knal, sbb..
dia bkn kwn tadika aku..
bkn jiran2 aku..
bkn asykar2 kat MTTS..
bkn rotu yg ribut..
bkn banker yg bengong..

 Cuma asalnya seorang gadis yg bls bila aku senyum kat dia waktu terserempak tepi jln..  hanya dgn senyum.. 


Notakaki : ciptaan ALLAH SWT semuanya ada keistimewaan sndiri.. xda bnda yg x bguna pon.. :’)

Friday, February 17, 2012

pejam celik.. pejam celik..
dah nk dekat 20 tahun aku hirup udara di bumi ni. dah 20 tahun aku mnyumbangkan CO2 kpd bumi ni..


syukkran Ya Rabb..
stingi pghrgaan dan jutaan trima kasih sayang kpd mama n abah. 



semua sahabat yg mwarnai hidup ini brmula dari :
 jiran sebelah katil baby masa kat spital kangaq dulu.. 
jiran2 pulau labuan.. 
kutu rayau pulau daun bharu..
 kwn2 kmpg @ tabika kemas..
 budak2 SKSS/SKSM..
 nates2 di SMKSS..
 asykar2 di MTTS..

kenalan tmpat kerja.. ehemm2.. ^^
ROTU yg ribut..
BANKER yg bengong..

dan saudari2 tepi2 jln yg sy tersenyum kpd kalian scra x langsung. tQ sbb sudi tgk n bls senyum tu.. 
( pdahal x knl pon..)



dalam 20tahun ni.. byk bnda yg aku bljar.. byk bnda yg silap aku dh buat. err.. mcm smthng wrong je.. hehe..  next2~  :P

ni bukan nk mluah ke hape ke.. cuma nk wat checklist je.. intro nye.. alahaii.. =.=''
lahir ke dunia - DONE
jdi mnusia - bukakan, brsihkan, prmudahkan dan rhmatkan prjalananku Ya Allah.. :')

jadi ank yg baik - SEDANG BUAT. ;)
jd kakak - err.. i'll try my best. buka bku baru.. never hurt u after this
 jd adik - dh ok kot.. cuma nk kukuhkan lagi. 
jd kwn - dh cuba yg trbaik!.. tpi biasalah, dri ni srba kkurangan. maaf la ye.  :P
jdi pelajar - xde gagal tu kira ok la kan.. hoho
jd kekasih - K.I.V
jdi pkerja - NOT DONE
jdi isteri - NOT DONE
jadi ibu - NOT DONE
jdi nenek - NOT DONE



notakaki : yg lagi 5 tu nk kena tggu suami bagi green light la.. di mana di kau jodohku.. alahai bakal suamiku ni.. =.=''

Thursday, February 16, 2012

pelik2..

Pelik ngn sikap sgelintir org..

Bkwn hanya utk kpntingn yg x sbrapa ?
kwn sbb dia ada transport spya sng nk bgerak ?
kwn sbb dia ank org kaya, blh slalu blnja hang ?
kwn sbb dia x byk ckp, dia boleh d buli dan d jadikan kuli ?
kwn sbb kau dh xda kwn ?
etc pnya kawan~

sumpah haku rsa mcm zaman skolah rndah..
 kita dh besar weh.. dh masuk u dh pun..  buat kwn slagi kau boleh, yg ngatif jdikan smpadan dan pringatan. Yg positif jadikan teladan. Senang.. make it simple as it is..
jgn memilih sgt, jgn pndang rndah sgt.. yg kau hina tu la akn tlg kau nnti..

notakaki  : sekadar luahan stlh usha keadaan skeliling. Yg trasa tu, nsib kau lah !
                 : buat semua bnda ikhlas kan mudah, dpt pahala lagi kan~  J
     peringatan utk diri sndri juga.. :')

ini bukan cobaan

salam satu Malaysia.. :D
lama x bukak blog neh.. fuhh~  uhukk3.. habokk !! 


Arini Cuma nk mluahkan satu benda..
Satu ja..
Iaitu, MOHON MAAF.. kepada beberapa  keping hati.. J

Menolak utk rapat bukan mksd aku x sudi or blagak or whatever yg u nk kata.. tapi precaution utk diri ini..  tahun ni aje x terkira dh brapa kali mkn hati sbb org2 yg aku sayang byk yg ‘chio’ dari idop neh.. :’)
So, utk elakkan dari bnda tu jadi lagi kerap, cukup lah aku sayang ape n sape je yg dh ada lam kpala n hati ni..
Take note ye, bkn blagak, nyombong etc tu, Cuma tanak sedih dh.. ready utk trima mknanya ready utk hilang jugak.. aku takut aku dh x ckup kuat utk suma tu lps ni, x kuat utk tahan sorang2 bila korang nk hilang dari aku.. so bruntunglah sapa yg dh ada lam carta awl2 dan masih ada lam carta ni sampai hari ni.. J
So far memang masih x kuat, nanti2 nun tak tau nk kata apa lagi.. :P

Notakaki : carta tu unisex keh.. laki pompuan ada lam carta ni, tmasuk mak ayah aku







.. ;)

Saturday, January 21, 2012

KFC mmg keramat

huhh.. 20 januari 2012.
tarikh ni dah bagi aku pengajaran..
sangat mengajarkan saia..
 (sbnrnya org yg bagi pngajaran, bkn tarikh lah.. =.='')


hari ini bermula dgn..
  • celik mata pada jam 0830 dan terus mengadap drama korea COFFEE PRINCE..
  • dalam pkul 11 gtu bru aku terperasan yg plan aku dgn mimi smlm dh cancel, jadi, dgn pnuh smgtnya aku stop movi-ing dan bgerak ke kangar utk cari tiket  baru nk cari ??  eh, tket ke aloq ketaq lah..  dan opkoz mandi dulu keh.. 
  • awt tket ke aloq ketaq ??  yelah, dah jnji dgn dak tecik nk balik skali, tiket bagai dia dh cari, tggu bawak diri ja..  :D  tengkiu yep..  :D  :D
  • exited gila haku pegi, dgn cuaca ala2 kat tanah tggi, perghhh~  ^^  mud mmg cun gila baq hang !



hari yg klam kabot bermula dengan..
  • hah ?? tket dah abeh !  hmpir semua bas yg slalu brulang kangar-alor star dh bgkus a.k.a x beroperasi..
  • bagi moto kat sam n teman mimi g mkn coz sam nk g msjd n mimi x mkn dari pagi..
  • lam pkul 3 gtu aku balik klej. dh mati akai kot.. T.T
  • tetiba msj member msuk, cakap dia akn balik ptg tu dgn tren. so aku pon folo secara haram.. :)  setel prob sat..
  • kemas punya kemas,  tetiba lak tringat lappy abang x pulangkan lagi. moto puan pon x bagi lagi, mkn pon belom, status fb x update lagi.. haishh..
  • tren pkul 7, pkul 5 aku dh gerak, setelkan sumanya, bru join dorang ke ktm.. haha, bodigat beb.. :)
  • dorang tau psl plan aku nk trun ke a.s sesoang.. stay sesoang smpai ke paginya. secara tiba2 ada soang budak menggila tetiba turun skali dgn aku.. aku cakap ko jgn ikot ko degill.. biaq situ..
  • bila dh keluar dari stesen, kami bjalan, dan kami xtaw nk buat apa.. =.=''  haha..
  • so WAYANG !!  citer underworld.. huhh..


cerita baru start dalam 5 mnit gtu, tetiba mimi habaq haku something.. hurmm ?? awt jdi gtu..
  • call punya call.. text punya text, no respon. perghh~  sadis jap, cuak2..
  • upanya bru tsedaq, aku x roger dia yg aku da smpai a.s..  ciss... cmna bleh lupa bnda gtu, sblm ni nk g kdai pon habaq kot.. ebau lah nihh !!!  haha..
  • akhirnya usaha den mmbuahkan hasil.. credit to amirhamzah.. ^^
  • dan sebuah kutbah mlm telah pun b'langsung..
  • yup, baru sedaq apa bad attitude aku slama ni. yg slama ni aku anggap part of things that can coloured of my life..
  • baiklah3~

setelah itu,

  • tgk pon mcm x tgk ja movie tu sbb otak dh ke lain, kami dua pon gerak lah ke KFC aloq ketaq. check in, and untill now.. can't sleep.. insomnia kot.. =.=''
  • hang izuan, dh xtaw nk buat apa.. dan tanya2 aku blek paseipa hang ada sini.. ceh, dh habaq kan.. haha.. layan je ngntok mu itu, tdo agi bagos.. haha.. sapa soh cari pasai..

konklusi di sini adalah : 
never ever buat kputusan last minit dah TIQ oii.. melainkan ia memang memerlukan minit yang terakhir tu.
jenayah membawa padah, ingat tu.. 



nah.. ni antara orang2 yang terlibat dalam menjayakan malam aku.. credit3...
*sori curi gmbaq.. :)


  NOOR SYAMIMI.. <3   
aku pilih pic ni sbb x nmpk braces hang..     
    BADRUL MUNIR.. 
  pic ni terpilih kerana semat.. admire.. ^^  
                                 


 ebau..ebau..ebau..
aku ada pic hang yg ni ja weh.. haha..

                                                    
  AMIR HAMZAH                                                     
  yg x nmpk gigi tu yep.. yg ada gigi tu nma dia sam. dh ada buah hati dh, jgn kaco aww..







Friday, January 20, 2012

AL-KISAHNYA SI KAKTUSSS~

Tersebutlah satu kisah yang berlaku dalam kolej kat kompleks kesinai, dalam uitm perlis.

Dalam satu bilik ni ada sorang minah nama artiqah. Sebenarnya entry kali ni bukan nk cerita pasal minah ni, tapi pasal cactus yang dia ada.. huhu.. kisah cactus itu bermula dengan.....

Ada sebijik pasu yg mengndungi cactus di dalamnya. Cactus tu hasil ‘pemberian’ member dia yg bernama ROSESYAKILLA.
 *beri la sgt kan, hasil rompakan sbnrnya.. haha..

first time dapat, cactus tu da macam nk mampos 
*sori bahasa kasaq.. ;)
dia bleh trima pon mgkin sbb cactus tu kaler hijao kot, mcm keroropi yg dia minat.

Satu hari tu, time tgh stdy kononnya, dia nmpk something dffrent kat cactus tu. ‘ouhh, dah ada ank kecik2 lah ! ‘
Terus jatuh sayang sbb mmg nmpak  comel gila bnda tu. Even dia x prnah jga dgn elok, cactus tu still tumbuh, dan membesar.
Dan makin byk.. J



Kemudian dgn pnuh bgganya dia hebahkan kat FACEBOOK yg dia dh ada pngubat hati yg lain iaitu cactusnya. Dan kemain lagi byk cactus tu membiak..haha..
Sampai dia dh simpan azam, masuk elaon bln dua, dia nk beli pasu lak utk budak2 baru..
*budak la sgt.. =.=’’
Konklusinya, dia dh syg cactus tu wlupon pada mulanya dh nk kiok dan ianya hasil rompakan semata-mata..  J




Notakaki : adakah rasa sayang perlu di ekspresikan utk buat ia bercambah ?
                 : utk mnusia, cara paling simple mgkin ajak kawen trus kot kan.. cara paling selamat utk bgitau perasaan tu..
                   (err.. tebiat !  =.=’’ )



Tuesday, January 17, 2012

jom jalan2 (2)

baru kali kedua, before this pernah taip 3 entry sekali gus, ok je..
bosan dgn den ? haa, xyah baca. majuk ah dgn kau, putus kawan !  haha..

ok, berenti merepek, teruskan misi anda menge'share apa yg telah diperolehi dari FACEBOOK kawan-kawan pagi ni..

yang kedua adalah,

'Sesungguhnya tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu..'
copied from MISH FYQA


aku terdiam dan fikir panjang lps baca ayat tu......
YUPP !!  buat apa nak risau, ALLAH dh janjikan apa yang selayaknya utk kita. kita nk yang terbaik, so be it first !

aku mengaku, diri ini x sempurna, dan sangat banyak kekurangan. sama lah macam future husband. tapi kami akan melengkapkan satu sama lain. ciptaanNYA tak pernah ada SPOIL bak kata omputeh..

to my future husband yg sy sndiri tak tau siapa awak, kat mana awak, harap bersabar tggu sy ye. jodoh kita dh tertulis. kalau x sempat kat sini, tggu awak kat "sana" ye.. :)

jom jalan2 (1)

salam satu malaysia.. :)
entah apa angin aku pagi ni, pagi-pagi buta dh jalan-jalan kat wall kwn2 FACEBOOK.
dan semua benda yang aku jumpa mostly about MARRIED.. =.=''

ada la dua tiga benda yang agak menarik telah di jumpai, so dengan rasa yg penuh brtanggungjawab dan penuh semangat (cewahh, poyo jap) aku nk share la apa yg aku jmpa tu..

antaranya adalah,


"Wαnitα yαng meminαng seorαng lelαki yαng soleh itu bukαnnyα perempuαn
yαng tidαk tαhu mαlu, tetαpi merekα wαnitα yαng tαhu αpα yαng merekα mαhu".
copied from princess muslimah. :)



dan ia membuatkan otk den ligat pikiaq..
memang aku sokong bnda ni.. dan kalau perlu akan buat bnda ni (bila dh besaq nanti lah)
tapi yg terus terlintas bila aku putuskan bnda tu adalah, 
pandangan orang sekeliling (kalau tau)
apa yg mak ayah PUNYA saudara-mata akn pikiaq (bab aku je mmg slalu di fikir negatif, aku pon x faham)

entahlah, hak individu kan.. aku buat apa yang aku rasa betul dan perlu.
lagipun contoh sepanjang zaman dh ada (saidatina khatijah), 
paling penting ia tak salah dan ALLAH swt redha sbb ia menuju ke arah kebaikan. alhamdulillah..
amin.. :)





Tuesday, January 10, 2012


tgk.. di sebabkan dah lama tak bukak, so aku jadi pening dgn wajah baru blog ni.. dah secara tak sengaja aku teredit salah satu entry lama aku.. haishh..
sayangnya.. T.T



so, perhatian ye kwn2.. ini entry lama.. pasal seseorang.. dan kami fine-fine sahaja skg.. hehe  
perubahan rasa mengikut masa ye.. :D

******


sayang ?
dh ada lam hati dh pon.. bila masa wujud pon aku x sedar. sebab hari2 aku rasa tersangat best bila ada dia.. :')

gaduh ?
benda biasa la tu dalam relationship. even dh kwn 5 6 tahun pun tetap akn bergaduh. tapi dgn bergaduh tu akn buat kita lagi kenal partner kita tu macam mana kan..

ego ?
seriously bnda ni membunuh !


pendam perasaan ?
kadang2 ia perlu.. mgkin ats dasar xnk tergolong dalam golongan perigi cari timba..
kadang2 membunuh juga, sbb jika tidak di ekspresikan, org tu xkn dapat tau apa yg ada dalam hati kita.

tersalah buat keputusan ?
bila bergaduh, aku ambil kputusan utk diam. mgkin tu cara paling BODOH yg aku pernah buat.

berubah hati ?
lelaki~  mgkin mudah bagi dorang.. sape yg paling rapat dgn dia, (highlight for girl), itulah yg dia sayang.. mgkin..
perempuan~  (bagi aku) org yg dh bagi 'warna' dalam hidup aku, itu yg aku akn buat aku sntiasa senyum. walau apa pun yg jadi antara kami.



p/s : kenapa rasa macam makin hilang kamu ? ada orang dh ambil kamu dari sy.. :'(
        : dan kamu pun tak elakkan diri bila dia nk ambil kamu dari sy.. T.T

Wednesday, January 4, 2012

mak, nk kawen kena ada berapa hengget ye ??

Hantaran.. 
sebut pasal benda ni mesti gadis-gadis terfikir pasal perkahwinan yang indah. Yang lelaki pula mesti fikir pasal mcm mana nk cari duit. 
Ye lah, ORANG cakap :
hntaran ni berdasarkan tahap pendidikan wanita tu, ( lagi tggi kelulusan, lagi mahal )
dan status wanita tu. ( janda lagi mahal, betul ke ? )
x lupa juga pemakaian ( lagi tertutup, sepatutnya lagi mahal kan ? )


dan bagi org yg berfikiran cetek, jika hntaran seorang wanita itu sedikit, mesti something wrong somewhere dah dgn wanita tu. Mostly makcik2 kat kampong sebelah lah..  mereka akn kata :
ank si siah tu, hntaran sikit, dh bert*b*k la tu”,
duit xde gatai nk nikah, kn dh dpt hntaran murah”,
terdesak kawin, dgn org xde duit pon jadi”. Mcm2 lagi lah.

jika hantaran mahal, lain pula ceritanya.
ala, pompuan tu mesti dh bomohkan laki dia”,
nk menunjuk dapat laki kaya la tu”,
berapa byk gaji sbulan kena potong dgn bank bila dh pnjam byk2 utk kawin ?”, dan sebagainya.


Tapi bagi aku, hantaran mahal ni x menjanjikan bahagia seumur hidup pun. Byk je artis2 yg hntaran puluhan ribu, x smpai setahun dh cerai berai.

Hntaran sedikit x semestinya x bahagia. Org dulu2 ramai yg agk susah, kahwin sbb keluarga, hntaran cukup syarat, tapi bhgia, ank blambak2 jugak.

Cukup sekadar letakkan jumlah hantaran mengikut kemampuan bakal suami kita. Tapi aku rsa terwujudnya hntaran tu kan supaya suami akn lebih pndai hrgai kita, tau susah payah nk dapatkan duit tu, lagi susah nk dapatkan kita. Kan..
 lagi pun, hntaran tu kan hadiah dari suami kepada isteri. X byk pon xpe. Xnk pulak lps kahwin nk byr hutang tu, nk byr hutang ni.. ekonomi keluarga stabil, rumah tangga pon akn stabil, insyALLAH.

Dalam OMBAK RINDU, hntaran tukaq2 jam je pon, bahagia je aku tgk. 
Sbb tu dalam islam, yg wajib tu mas kahwin, bukan hataran yg mahal2 tu.. ramai yg dh salah faham dh..

Jadi moral di sini ya, toksah la hntaran tggi2, memang la mulut orang tak boleh tutup, tapi yg pnting nawaitu kita. ALLAH SWT pun x suka hmbanya riak, gah, menunjuk-nunjuk. Kan..


Notakaki : aku tetap nk hntaran tu ade time kawen nnti. Berapa ?? byk lagi kot masa nk pikiaq.. nanti-nanti lah. J

IBU vs ABAH

First skali aku nk mohon maaf kalau org yg baca entry ni terasa, terkilan, tersedih bagai sebab parent(s) korang dh xde. Bkn niat nk bgi sedih. Layan je la keh. ;)
Pernah tak korang tengok kelakuan mak dan ayah korang seharian ?
maksud aku aktiviti dorang dalam rumah. So aku pun msukkan sikit ape yg pernah jadi dalam rumah aku satu ketika dulu. (tgh homesick kot aku ni..)

Mostly pasangan yg dh berkahwin, akn melalui situasi2 seperti ini. Ianya adalah...





Situasi : dah dapat gaji, jadi nk pergi membeli belah la kan.

Abah.
  • Bagi order kat ibu, “sayang, dh nk dkat pkul 7 dh ni. Lps magrib karang kita pergi TESCO ok ? awk ckp brg2 dapur dh banyak yg habis kan. Lps abg balik surau, kita pergi.
  • abah mandi , pkai baju yg ibu dh siapkan, pegi surau.
  • Jam 7.55 abah balik, ibu x siap lagi. abah tukar baju yg ibu dh siapkan smbil cakap dalam hati, “pndai bini aku pilih baju”. Ambil baby, bawak turun. Bagi masa ibu siap pula. Lambat !


Ibu.
Lps dapat order, tnpa berlengah lagi, ibu pun..
  • ibu pun bagitau kat along, sruh mandikan angah, alang dgn acik. Bagi pkai bju baru.
  •  Pergi tgk baby dlm bilik, tgh tdur.
  • ibu kluar, nk pegi mndi kat bawah sbb toilet dalam bilik abah tengah guna.
  • ibu dh smpai dapur, tgk alang dgn acik tgh bgaduh brebut mandi bawah shower.
  •  Along dgn angah lesap, ibu mandikan dorang.
  • Dh siap mandikan, dorang lupa bawa tuala pulak, pergi ambilkan tuala dorang.
  • Eh, salam abah dulu. Abah nk keluar, pergi surau kejap. Teruskan prjalanan ke bilik dorang.
  • Masuk bilik dorang, tgk katil bsepah dgn bju kotor, kutip dulu.
  •  Lalu depan bilik baju, along minta tolong pilihkan baju utk adik-adik. ibu pilih yg lawa-lawa semua.  
  • Pergi bagi tuala kat alang dgn acik, letak bju kotor dalam mesin basuh, ibu mandi.
  • ibu naik ats, tgk jam dh 7.30, x solat lagi. Solat dulu.
  • Buka almari, pilih baju abah, “laki aku hensem pkai bju oren. “ Letak baju abah atas katil.
  • 8 mnit lps tu, ibu siapkan baby. Berak pulak dah. Mandikan terus, terus siapkan.
  •  Alang pulak jerit, cakap angah nangis kena blasah dgn along, pergi redakan dulu.
  • Tgk jam dh jam 8. abah baru balik. Abah kata, “haa, awk x siap lagi ? abang dah pergi surau, dh balik dah pon, awk mcm ni lagi. Apelah yg awk belekkan sgt tu.” Dan terus membebel.  10 mnit lps tu Abah siap. Bawak baby turun, main dgn alang, angah, alang dan acik.
  • ibu nk pkai make up dlu, biaq abah tgk, sedap mate memandang wlupon dh 10 thun kahwin.
  • Siap. 

Bila turun, Anak-anak cakap ibu bsiap lama. Abah hebat lagi. Tapi kisah sebenaq ??  pikiaq sndiri la ye. ;)




Situasi : lps balik dari beli belah.

Abah.
  • Angkat baby dengan acik yg dh tdur tu ke bilik.
  • Abah masuk bilik, terus mandi.
  • Solat dulu, jgn lupa tu.
  • Siap semuanya.
  • Nk tdur dh la, esk shift pagi. Penatnya.

(pnat konon)

IBU.
  • Angkat brg2 yg dh beli tadi ke dapur. Simpan dlu ayam, ais krim dan bnda2 yg sepatutnya dulu.
  • Naik ats, ambil tuala, turun bawah sbb abah mndi lama.
  • Alang2 bju dalam mesin dh penuh, msukkan sabun, tekan START. Nasib baik abah beli yg auto.
  • Along dengan angah nk mkn ais krim baru beli. Ambilkan cawan, sendukkan. Bagi dorang, ibu pergi mandi.
  • Keluar bilik air, atas meja bersepah dengan cawan bagai. Bawa cawan pergi sinki.
  • Alamak, periuk gulai tghari tadi tak basuh lagi. Kutip bawah tudung saji punya skali, kemaskan dapur trus.
  • Buang sisa dalam sinki, tgk tong sampah dh penuh. Tukar plastik, buang kat luar rumah.
  • Sapu sampah sikit. '' Alahai, mesti angah yg bagi tumpah ais krim ni. '' Ambil mop.
  • Alang2 dh mop, mop satu dapur, siap dgn ajax lagi. Wangi rumah.
  • Mesin basuh berbunyi, tnda dh selesai operasi. Ambil kain, bawa ke ampaian belakang, sidai dulu.
  • Baru teringat, bju abah x gosok lagi, dh la esk shift pagi. Nasik baik anak2 tgh cuti sekolah. Kurang sikit tugas.
  • Siap sidai, bancuh mnuman kacip Fatimah plus kolegen, mnum. terus naik ats.
  • Tgk abah dh tdur, xpe la, shift pagi kan.. ibu ambil uniform abah, gosok secermat dan spnuh kasih syg yg mgkin. Laki aku slalu mmbebel kat ank2, bju smart tu pnting katenye.
  • Ambilkan stoking abah sepasang, sgkut skali dgn baju tadi.
  • Ibu duduk dpn meja solek, pkai krim.  Kulit kena jaga, jgn biar umur pengaruhi kulit. Ank dh lima, nmpk mcm bru branak sorang. Itu kate sepupu abahnye wktu balik kmpg haritu.
  • Tgk jam, dh hmpir pkul satu. Knci jam utk bgn esk pagi.



Smbil baring, ibu fkir menu sarapan dan tghri utk esk. Smpai  ibu trtdur sndri. Tak mengeluh penat pun. Kan.. J  



notakaki : siyez x dapat bayang mcm mna hdup aku lps jadi isteri n ibu. Kerja lagi.. ish3..

Friday, December 16, 2011

sadness ada kaitan dgn sakit perot eh ??

selamat tengahari malaysia..

nothing much to mrepek..
cuma nk habaq, tiga empat menjak ni, makin kerap aku bekpes lauk hati ulam jantung bila celik mata.
tdo bntalkan rsa bsalah n trtnya2..
mmpi xyah habaq la kan.. =.=''


apa slah sy kmu wat cmni ?? nk kluar dari hidup sy mcm tu je ? i'm NOT READY for it !! pls..  T.T
but u'll never know it. x nmpk pon kmu ada bagi space for me to explain everything. ok, mybe ada, tpi doesn't give you any effect. you make me sick. sy nk kamu yg dulu.. mgkin sy buat slh (sy dh ngaku slh), mgkin sy slh.. (dh mntk maaf) ok fine. i'm nothing for you. always forget about that.. again..


tpi bnda yg jadi ni igtkan sy bnda yg jadi staun lps.. what so ever lah.. dont want to remember that thing.. =.=''

sumer org buat slah.. sy mngaku slalu buat slah.. tpi... 
tpi arghhhh, hati pompuan mmg lmbut kan..  =.=''
grrr~

pls.. don be like that.. need you here.. :'(